Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PECAHKAN CERMIN KERETA, LARIKAN SEKOTAK TEPUNG GANDUM DIBERKAS

DALAM NEGARA

LELAKI PECAHKAN CERMIN KERETA, LARIKAN SEKOTAK TEPUNG GANDUM DIBERKAS

Seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut, berjaya diberkas di Taman Kota Masai di sini awal pagi semalam. 

PASIR GUDANG: Seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut, berjaya diberkas di Taman Kota Masai di sini awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 1.15 pagi, disedari oleh jiran mangsa menyebabkan lelaki berusia 31 tahun terbabit cuba melarikan diri. 

Bagaimanapun, katanya mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama jirannya itu telah mengejar individu tersebut dan berjaya memberkasnya di sekitar Jalan Pulasan di kawasan taman berkenaan. 

“Mangsa kemudiaannya menghubungi dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis bersama peralatan mencuri iaitu sebatang spanar boleh laras selain sekotak tepung gandum milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari bermula hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading