DUA PELAJAR SEKOLAH ANTARA TIGA DITAHAN MENIPU, MENYAMAR ANGGOTA POLIS
Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki menipu sebagai tahanan polis, membebaskan tahanan serta menyamar sebagai anggota polis dengan melibatkan kerugian berjumlah RM25,000 pada November lepas.
ALOR GAJAH: Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki menipu sebagai tahanan polis, membebaskan tahanan serta menyamar sebagai anggota polis dengan melibatkan kerugian berjumlah RM25,000 pada November lepas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah di sini, telah menipu dirinya ditahan polis dan berkomplot dengan dua lagi rakannya berusia 17 dan 29 tahun yang menyamar sebagai anggota polis.
“Pelajar berusia 15 tahun itu merupakan anak tunggal dan tidak pulang ke rumah selama dua hari sejak 25 Nov lepas sehingga menyebabkan ibunya bertindak berjumpa dengan lelaki berusia 29 tahun terbabit pada 27 Nov untuk mengetahui tentang anaknya.
“Wanita itu dimaklumkan oleh lelaki itu yang menyamar sebagai polis bahawa anaknya telah ditahan dan memerlukan sejumlah wang untuk pembebasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua hari kemudian, wanita berusia 58 tahun yang bekerja sebagai pembantu klinik itu telah mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 daripada Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah dan menyerahkannya pada hari sama kepada lelaki berusia 29 tahun itu dan rakan lelakinya yang berusia 17 tahun di Pekan Masjid Tanah.
Arshad berkata anak wanita terbabit pulang ke rumah pada 30 Nov lepas dan wanita itu dengan dibantu adik iparnya kemudian membuat semakan di Balai Polis Seremban, pada 1 Dis lepas berhubung dengan tangkapan anaknya, namun disahkan tiada tangkapan dilakukan terhadap anaknya.
Beliau berkata wanita terbabit yang menyedari ditipu anak dan dua rakan anaknya itu membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah pada 2 Dis lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ketiga-tiganya akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests