HALANG PEGAWAI KESIHATAN BUAT PEMERIKSAAN AEDES DI RUMAH BOLEH DIAMBIL TINDAKAN
Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang tidak membenarkan anggota Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melakukan pemeriksaan di premis atau kediaman disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
IPOH: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang tidak membenarkan anggota Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melakukan pemeriksaan di premis atau kediaman disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata individu yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Pegawai kesihatan memiliki lesen untuk masuk ke mana-mana premis yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, mana-mana (individu) yang tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan undang-undang.
“Jadi, saya harap semua pihak akan beri kerjasama dan kita akan bergerak lebih agresif untuk pastikan wabak denggi ini dapat dibendung,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Perak menduduki tangga kelapan selepas merekodkan 4, 516 kes denggi daripada keseluruhan 123,133 kes yang berlaku di negara ini tahun lepas.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata kebun haram serta lot tanah terbiar juga antara lokasi yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.
Menurutnya hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati lokasi berkenaan bukan sahaja tidak diselenggara dengan baik, malah terdapat banyak perkakas atau peralatan yang menakung air.
“Semasa pemeriksaan dilakukan, mereka tidak letak perkakas ini di tempat yang terlindung daripada hujan dan akibatnya ia menakung air yang memudahkan nyamuk Aedes untuk membiak.
“Saya harap perkara ini diberikan penekanan dan kita minta semua pihak tidak ambil mudah tentang penyakit berbahaya ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager