Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DALAM PESTA DADAH DI BANGKOK

DUNIA

DUA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DALAM PESTA DADAH DI BANGKOK

Polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok.

Gambar hiasan.

BANGKOK: Polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok.

Menurut Bangkok Post, lima lagi suspek merupakan warga China (tiga lelaki dan dua wanita), seorang lelaki Vietnam dan seorang lelaki dari Myanmar turut ditahan dalam serbuan pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bang Chan, Pol Kol Siwat Sriwichai berkata, polis melakukan serbuan ke atas kediaman mewah itu selepas menerima aduan daripada penduduk.

“Polis menemui ketamin dalam dulang buah-buahan, 24 tablet Erimin 5 (Nimetazepam), dan sepucuk pistol berisi lapan butir peluru,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Kesemua suspek didakwa bersubahat memiliki dadah Kategori 2, senjata, dan peluru.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading