PEMASANGAN CCTV DIPERTIMBANG JADI SYARAT WAJIB PERBAHARUI LESEN TASKA
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.
SEMATAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska meskipun kerajaan sebelum ini sudahpun mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.
“Bagaimanapun, ada juga di antara mereka (pengusaha taska) yang tidak memasangnya walaupun sudah diminta supaya patuhi syarat itu. Jadi kami sedang berbincang untuk ambil tindakan dengan tidak memperbaharui lesen taska yang tidak memasang CCTV,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penangguhan Pesta Sematan di sini, hari ini.
Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu akan dilakukan melibatkan agensi, jabatan dan pemain industri yang terlibat esok (Isnin).
“Kos untuk pemasangan CCTV tidak sepatutnya menjadi isu kerana CCTV sekarang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, kami nak mendengar maklum balas dan bagaimana kami akan perhalusi perkara ini, sebelum kami teruskan pelaksanaannya,” katanya.
Dalam pada itu, Nancy berkata langkah untuk menutup taska yang terlibat dengan kes penderaan perlu diteliti secara mendalam kerana ia akan turut memberi kesan kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke taska terbabit.
“Kita akan memberi beban kepada ibu bapa (lain) jadi kita tidak boleh tutup begitu sahaja hanya kerana satu kes itu,” katanya.
Pada Jumaat, menteri itu berkata KPWKM merancang untuk menguatkuasakan undang-undang CCTV di setiap premis taska berdaftar bagi menangani isu penderaan kanak-kanak.
Katanya dalam enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 3,767 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
Mengenai Pesta Sematan 2023, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata pesta berkenaan mampu menjadikan pekan terakhir yang terletak di penghujung sebelah barat Borneo itu sebagai destinasi tarikan pelancong.
“Kawasan ini mempunyai banyak tempat menarik dan pelbagai acara yang diadakan sempena pesta ini seperti perlumbaan basikal pastinya menarik peserta dari luar Sarawak sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked