Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SANUSI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR KEDAH 10 PAGI NANTI

DALAM NEGARA

SANUSI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR KEDAH 10 PAGI NANTI

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, di sini pada 10 pagi.

Sumber Gambar: BERNAMA

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, pada Isnin 14 Ogos.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, di sini pada 10 pagi.

“Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, di sini malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN berjaya mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: MB KEDAH ANGKAT SUMPAH ESOK – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading