Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MB KEDAH ANGKAT SUMPAH ESOK

DALAM NEGARA

MB KEDAH ANGKAT SUMPAH ESOK

Selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dimuktamadkan semalam, majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah kini dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, esok.

Gambar fail.

ALOR SETAR: Selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dimuktamadkan semalam, majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah kini dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit, di sini, esok.

ARTIKEL BERKAITAN – SANUSI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR KEDAH 10 PAGI NANTI

Berdasarkan surat jemputan media yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah hari ini, majlis itu dijadual diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah itu turut akan dihadiri Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Norizan Khazali.

Pada PRN semalam, Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi PN Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri ketika ini bertindak sebagai Menteri Besar Kedah sementara, sehingga Menteri Besar baharu dilantik dan mengangkat sumpah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading