Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA TALI BARUT ISRAEL DIHUKUM MATI OLEH HAMAS

DUNIA

DUA TALI BARUT ISRAEL DIHUKUM MATI OLEH HAMAS

Pada pagi Ahad, hukuman mati dijalankan terhadap dua orang yang dikutuk kerana bekerjasama dengan Israel dan tiga lagi yang terbabit dalam kes jenayah.

Sumber Gambar: AFP

GAZA: Lima rakyat Palestin dijatuhi hukuman mati oleh Pergerakan Hamas atas beberapa kesalahan termasuk menjadi ‘tali barut’ Israel.

“Pada pagi Ahad, hukuman mati dijalankan terhadap dua orang yang dikutuk kerana bekerjasama dengan Israel dan tiga lagi yang terbabit dalam kes jenayah,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri Hamas hanya mendedahkan huruf pangkal dan tahun kelahiran lima rakyat Palestin yang dihukum mati tanpa memberikan nama penuh mereka.

Kedua-dua ‘tali barut’ Israel itu masing-masing dilahirkan pada 1978 dan 1968, sementara pesalah yang direkodkan paling berusia dalam kalangan mereka adalah penduduk Khan Yunis di Selatan Semenanjung Gaza.

Hamas dalam kenyataan menjelaskan tertuduh pertama didapati bersalah kerana memberikan maklumat kepada Israel pada 1991 berkenaan individu yang menentang rejim Zionis dan lokasi pelancaran roket.

Tertuduh kedua pula didapati membekalkan maklumat perisikan kepada Israel pada 2001, dengan menjadikan individu sebagai sasaran dan telah mati syahid di tangan Zionis Israel.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading