Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPR DIJANGKA NAIK 25 MATA ASAS, MINGGU INI

DALAM NEGARA

OPR DIJANGKA NAIK 25 MATA ASAS, MINGGU INI

Menurut Moody’s Analytics, KDNK suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April.

Foto Arkib

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, menurut Moody’s Analytics.

Katanya Indeks Harga Pengguna keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.

“Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April,” katanya dalam kenyataan.

Di peringkat luaran, menaikkan Kadar Dasar Semalaman akan meningkatkan ringgit, yang telah merosot berbanding dolar AS dalam persekitaran kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading