Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EBIT LEW HADIAHKAN KERETA UNTUK WANITA TULAR BAWA IBU SAUDARA NAIK MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

EBIT LEW HADIAHKAN KERETA UNTUK WANITA TULAR BAWA IBU SAUDARA NAIK MOTOSIKAL

Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta jenis Perodua Beza kepada wanita yang tular menjaga ibu saudaranya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU: Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza kepada wanita yang tular menjaga ibu saudaranya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Ebit Lew, beliau membelikan kereta tersebut atas kebaikan wanita itu yang menjaga ibu saudaranya sehingga membawanya menaiki motosikal roda tiga untuk berniaga di sekitar Terengganu.

“Kakak ini kuat bekerja dengan menjual aiskrim potong. Dia akan menghantar kepada mereka yang ingin beli aiskrim potongnya dengan menggunakan motosikal roda tiga.

“Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa,” katanya.

Ebit Lew berkata, wanita tersebut difahamkan terpaksa menghentikan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana akibat keadaan kewangannya dan perlu menjaga ibu saudaranya yang sakit.

“Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira bila dapat kereta baru.

“Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya,” katanya.

Sebelum tular video memaparkan seorang warga emas terpaksa berbaring di bahagian tempat meletak barangan motosikal roda tiga hingga menyebabkan warganet tersentuh hati.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading