‘MUSANG KING BERENDAM’ MENU ISTIMEWA KAMPUNG CHUCHUH PUTERI
Keenakan rasa durian Musang King menyaksikan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara itu sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap tiba musimnya.
Melihat kepada potensi raja buah itu, pembuat kuih tradisional Siti Khazanah Mohd Nordin, tampil mencipta kelainan apabila mula menghasilkan kuih ‘Musang King berendam’ sejak bulan puasa tahun lepas.
KUALA KRAI: Keenakan rasa durian Musang King menyaksikan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara itu sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap tiba musimnya.
Melihat kepada potensi raja buah itu, pembuat kuih tradisional Siti Khazanah Mohd Nordin, tampil mencipta kelainan apabila mula menghasilkan kuih ‘Musang King berendam’ sejak bulan puasa tahun lepas.
Bercakap kepada Bernama, Siti Khazanah berkata idea menghasilkan juadah unik itu tercetus hasil inspirasi dari kuih badak berendam.
“Jika badak berendam menggunakan inti kacang merah, resipi saya ini dihasilkan menggunakan isi Musang King sebagai intinya.
“Selain bahagian inti, saya turut meletakkan isi durian Musang King dalam kuah juadah ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Chuchuh Puteri, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, wanita berusia 52 tahun itu berkata kuih berkenaan sangat mudah disediakan, tambahan pula bahan-bahan digunakan mudah serta murah untuk diperolehi.
“Proses menghasilkan kuih ini mempunyai tiga peringkat. Langkah pertama isi durian Musang King akan dimasak sehingga kering sebelum dibentukkan bujur atau bulat.
“Langkah kedua tepung pulut dibancuh bersama air dan diuli hingga sebati, seterusnya dimasak menggunakan air panas, kemudian dibentuk menjadi bulat dalam saiz besar,” katanya yang turut mengusahakan kebun durian Musang King seluas 16 hektar,
Menurutnya, proses ketiga diteruskan untuk menyediakan kuah kuih tersebut menggunakan bahan utama iaitu santan, gula melaka dan daun pandan.
“Setelah kuah siap dimasak, cara menghidangnya ialah curahkan kuah yang banyak ke atas tepung dibentuk bulat sebab itulah namanya diberikan Musang King berendam,” katanya.
Siti Khazanah berkata kuih ciptaannya itu dijual pada harga RM5 untuk satu bekas yang mempunyai tiga biji Musang King berendam.
“Pada sambutan Ramadan kali ini, saya sudah mula menerima hampir 100 tempahan daripada sekitar Chuchuh Puteri,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager