Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YIDE MULA AGIH SUMBANGAN AIDILFITRI RM1.21 JUTA KEPADA ANAK YATIM

DALAM NEGARA

YIDE MULA AGIH SUMBANGAN AIDILFITRI RM1.21 JUTA KEPADA ANAK YATIM

SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menyerahkan sumbangan kepada 8,100 anak-anak yatim yang berdaftar di bawah seliaannya mulai esok 1 Ramadan 1443H secara berperingkat.

Gambar arkib penyerahan sumbangan YIDE kepada anak yatim pada 2019.

SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mula menyerahkan sumbangan kepada 8,100 anak-anak yatim yang berdaftar di bawah seliaannya hari ini secara berperingkat.

Menurut Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah sumbangan yang diberikan itu berjumlah RM 1.21 juta pada tahun ini dan setiap seorang akan menerima RM150.

“Alhamdulillah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE yang sangat prihatin dengan kebajikan anak-anak yatim telah bersetuju untuk menaikkan jumlah RM50 lagi bagi tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya hanya RM100 sahaja untuk seorang.

“Setiap tahun sebelum kita dilanda wabak COVID-19 adalah menjadi satu tradisi, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyantuni dan menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di 9 daerah di Negeri Selangor.

“Namun pada tahun ini dan seperti tahun lepas tiada majlis rasmi dilaksanakan bagi mengelak jangkitan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau sumbangan kepada anak-anak yatim itu akan dikreditkan secara berperingkat melibatkan bilangan anak yatim yang berdaftar adalah Hulu Langat seramai (1,410), Sepang (402), Petaling (1,322), Kuala Selangor (787), Gombak (1,187), Kuala Langat (564), Sabak Bernam (409), Klang (1,533) dan Hulu Selangor (486).

Katanya jumlah penerima tahun ini meningkat berbanding 7,420 orang pada tahun lalu.

“YIDE mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang terdiri daripada orang ramai serta syarikat korporat telah menyalurkan sumbangan untuk menyantuni anak-anak yatim ini dan terima kasih juga kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan sumbangan melalui Baitulmal MAIS sebanyak RM 500,000 bagi anak-anak yatim ini.

“Bagi Ramadhan tahun ini, YIDE akan meneruskan tradisi mengedarkan Kupon Infaq Yatim di lima buah daerah yang boleh diperolehi melalui Amil Zakat Fitrah yang dikenali sebagai Sahabat Prihatin YIDE (SPY),” katanya.

YIDE turut mengajak orang ramai untuk muat turun aplikasi InfaqYIDE di Goole Play Store dan Apple Store untuk memudahkan orang ramai menyalurkan infaq secara digital. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading