‘AURA’ RAMADAN KEMBALI DIRASAI, SOLAT TARAWIH DIBENAR TANPA PENJARAKAN FIZIKAL
Perkara itu selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik, yang berkuat kuasa semalam, selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan termasuk pengenalan amalan penjarakan fizikal di rumah ibadat.
KUALA LUMPUR: Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara selepas mereka dibenar menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal mulai malam tadi.
Perkara itu selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik, yang berkuat kuasa Jumaat lalu, selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan termasuk pengenalan amalan penjarakan fizikal di rumah ibadat.
Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan ‘aura’ Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini dengan rata-rata jemaah di seluruh negara amat menantikan detik itu.
Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru yang berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal dipenuhi jemaah yang menunaikan solat tarawih malam tadi manakala di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pula kelihatan jemaah warga asing turut tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah itu.
Di PERAK, pekerja swasta Aliff Nor Mukhriz, 53, berasa sebak apabila berpeluang solat di masjid tanpa penjarakan fizikal kerana kemanisan itu dapat dirasai semula seperti menyambut bulan Ramadan sebelum pandemik COVID-19.
Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu di Ipoh Mohd Khir Napiah berkata meskipun menyambut baik kelonggaran itu, pada masa sama pihak masjid akan memastikan semua jemaah mematuhi SOP selain menetapkan makanan untuk berbuka puasa disediakan secara berbungkus.
Di PAHANG, kakitangan awam Shazli Sufi Che Unik, 33, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih malam ini bersama keluarga di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.
“Tahun sebelum ini, saya dan keluarga solat di rumah sahaja tapi kali ini kami teruja untuk ke masjid bersama-sama mengimarahkan Ramadan namun saya berharap jemaah sentiasa mengenakan pelitup muka dengan betul bagi mengekang jangkitan COVID-19,” katanya.
Di Masjid Arau PERLIS, seorang jemaah Aiman Haikal Nasiruddin, 39, berkata walaupun terdapat kelonggaran, beliau sentiasa mengingatkan keluarganya untuk terus memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sewaktu menunaikan solat tarawih di masjid bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Tinjauan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH pula mendapati kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini dan pihak masjid turut membuat pengumuman tentang SOP yang perlu dipatuhi sebelum solat bermula.
Bagaimanapun, pesara kerani sebuah agensi kerajaan Md Idrus Rahmat, 63, sedikit terkilan kerana masjid itu, yang boleh memuatkan 12,000 orang, tidak penuh malam ini serta berharap esok dan hari seterusnya lebih ramai jemaah datang terutama golongan muda.
Di PUTRAJAYA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kira-kira 1,500 jemaah dari kawasan sekitar dan solat tarawih malam ini dipimpin oleh Imam dari Algeria Syeikh Mohamed Chourana.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mohd Hisyarullil Md Husain berkata setiap hari, tujuh pegawai dan kakitangan masjid yang bertugas akan memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan semasa menunaikan solat tarawih.
Tinjauan di Masjid Mukim Kenor di Kuala Krai, KELANTAN pula mendapati kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat tarawih dengan mematuhi SOP ditetapkan meskipun hujan lebat sejak petang.
Di TERENGGANU, Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Multimedia Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu Fariq Awi berkata kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini yang dipimpin oleh enam imam secara bergilir-gilir manakala Masjid Raudhatul Jannah di MELAKA menerima hampir 1,000 jemaah pada malam Ramadan pertama ini.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 600 jemaah memenuhi pekarangan Masjid Negeri di Seremban untuk menunaikan solat isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Dr Muhammad Yusry Mazlan.
Di Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas, PULAU PINANG pula menyaksikan ibu bapa membawa anak masing-masing untuk menunaikan solat tarawih selepas negeri itu membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 hadir bersama penjaga yang telah lengkap vaksinasi untuk solat berjemaah di masjid atau surau.
Di Masjid Setia Alam di Shah Alam, SELANGOR, jemaah mula memenuhi ruang solat sekitar 8.30 malam untuk menunaikan solat isyak seterusnya solat tarawih manakala di Masjid Zahir di Alor Setar, KEDAH terdapat jemaah yang hadir seawal 7 malam bagi menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.