Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT HINGGA ENAM TAHUN LAGI SEBELUM TANAH PERKUBURAN ISLAM DI KUALA LUMPUR PENUH

DALAM NEGARA

EMPAT HINGGA ENAM TAHUN LAGI SEBELUM TANAH PERKUBURAN ISLAM DI KUALA LUMPUR PENUH

KUALA LUMPUR: Tanah Perkuburan Islam (TPI) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka hanya mampu menampung pengebumian jenazah untuk tempoh empat hingga enam tahun sahaja lagi.

Gambar hiasan. – Bernama

KUALA LUMPUR: Tanah Perkuburan Islam (TPI) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka hanya mampu menampung pengebumian jenazah untuk tempoh empat hingga enam tahun sahaja lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pandangan serta fatwa baharu diperlukan sebagai langkah mendepani cabaran tersebut.

“Kita ada isu besar berkaitan dengan kawasan perkuburan yang agak terhad khususnya di kawasan bandar.

“Isu ini memerlukan perbincangan termasuk pandangan dari pelbagai pihak serta fatwa baharu untuk diselesaikan,” katanya ketika ditemui media Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menyarankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjadikan Singapura sebagai contoh dalam menguruskan jenazah meskipun ia negara kecil.

JAWI ketika ini sedang membangunkan sebuah Tanah Perkuburan Awam Bersepadu khas untuk warga Wilayah Persekutuan di atas sebidang tanah berkeluasan 220 ekar di Semenyih.

Menurut Mohd Na’im, apabila TPI di Kuala Lumpur telah penuh maka jenazah baharu akan mula dikebumikan di sana.

Untuk rekod Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai TPI dengan keluasan keseluruhan berjumlah 71.7 hektar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading