Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LAGI JEMAAH UMRAH TERKANDAS DI ARAB SAUDI TIBA DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

EMPAT LAGI JEMAAH UMRAH TERKANDAS DI ARAB SAUDI TIBA DI MALAYSIA

Sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

KUALA LUMPUR: Empat orang lagi jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan ketibaan tersebut hanya berbaki 23 orang jemaah lagi yang masih berada di Jeddah.

“Ini merupakan ketibaan yang kedua melibatkan jemaah umrah yang terkandas di Arab Saudi sejak bulan Jun 2022.

“Kumpulan pertama yang terdiri daripada 36 orang jemaah umrah telah tiba di Malaysia pada hari Jumaat, 4 November 2022,” katanya.

Ujarnya, jemaah yang selebihnya akan dibawa pulang melalui penerbangan seterusnya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

Kesemua jemaah telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas, namun mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading