Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM TERBUNUH AKIBAT TEMBAKAN MORTAR DI ALEPPO

DUNIA

ENAM TERBUNUH AKIBAT TEMBAKAN MORTAR DI ALEPPO

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan 31 lagi cedera semalam akibat tembakan mortar kumpulan penentang di bandar Aleppo di utara Syria, demikian laporan agensi berita SANA dan aktivis.

Kumpulan penentang yang berada di pinggir barat dan utara Aleppo melepaskan tembakan mortal ke arah kawan kejiranan bandar itu, dalam insiden serangan terkini di kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Razi untuk rawatan, demikian laporan agensi berita Xinhua memetik SANA.

Sementara itu, Syrian Observatory for Human Rights berkata serangan mortar terbaru itu menyebabkan puluhan terbunuh dan cedera.

Ia melaporkan kumpulan penentang turut meletupkan depoh senjata di pinggir bandar Aleppo.

Bandar Aleppo kini tenang selepas tentera menguasai kawasan timur bandar itu yang sebelum ini diduduki kumpulan penentang pada 2016.

Bagaimanapun, kumpulan penentang di pinggir bandar sering melepaskan tembakan mortar ke kawasan itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading