ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mendesak Israel supaya segera menghentikan serangan dan mematuhi pelan gencatan senjata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Erdogan dalam hantaran di platform media sosial X berkata, respons Hamas terhadap pelan itu “merupakan langkah yang membina dan penting ke arah mencapai keamanan berkekalan.
“Bagi pihak Türkiye, kami akan terus berusaha dengan segala upaya bagi memastikan rundingan menghasilkan keputusan terbaik untuk rakyat Palestin serta merealisasikan penyelesaian dua negara yang disokong masyarakat antarabangsa.”
Beliau menegaskan langkah segera perlu diambil bagi memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mencapai keamanan berkekalan.
“Pembunuhan beramai-ramai ini, gambaran memalukan yang melukai hati nurani dunia, mesti segera dihentikan,” katanya.
Hamas sebelum ini menyerahkan maklum balas rasmi terhadap pelan Trump, termasuk persetujuan membebaskan semua tawanan Israel, menyerahkan jenazah mangsa serta menyerahkan pentadbiran Gaza kepada sebuah badan teknokrat Palestin yang bebas.
Pada Jumaat, Trump menetapkan sehingga 6 petang waktu Washington pada Ahad untuk Hamas meluluskan pelannya.
Pelan itu antara lain bertujuan menjadikan Gaza sebagai zon bebas senjata dengan mekanisme pemerintahan peralihan yang di pantau secara langsung oleh Trump melalui sebuah badan antarabangsa yang ditugaskan mengawasi pelaksanaannya.
Ia termasuk pembebasan semua tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas kelulusan, sebagai pertukaran kepada pembebasan ratusan tahanan Palestin dari penjara Israel.
Selain itu, pelan terbabit menetapkan penghentian permusuhan, pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Gaza serta pengunduran berperingkat Israel dari wilayah itu, yang kemudiannya akan ditadbir sebuah pihak berkuasa teknokrat di bawah seliaan badan antarabangsa diketuai Presiden AS.
Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk sejak hampir 18 tahun lalu.
Sekatan itu diperketatkan pada Mac apabila rejim menutup lintasan sempadan dan menyekat penghantaran makanan serta ubat-ubatan, sekali gus mendorong krisis kebuluran.
Sejak Oktober 2023, hampir 66,300 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan udara Israel, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests