Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FAMILYMART MALAYSIA DEDAHKAN ITOCHU AVIATION TAMATKAN MOU DENGAN SYARIKAT ISRAEL

DALAM NEGARA

FAMILYMART MALAYSIA DEDAHKAN ITOCHU AVIATION TAMATKAN MOU DENGAN SYARIKAT ISRAEL

FamilyMart Malaysia hari ini mendedahkan anak syarikat kepada syarikat induknya akan menamatkan memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pertahanan Israel.

KUALA LUMPUR: FamilyMart Malaysia hari ini mendedahkan anak syarikat kepada syarikat induknya akan menamatkan memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pertahanan Israel.

Dalam kenyataan hari ini, FamilyMart Malaysia memaklumkan Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Kami hari ini dimaklumkan oleh FamilyMart Co., Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” katanya.

FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian tidak menyokong keganasan atau pembunuhan selain tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading