Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta pada 2023, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta pada 2023, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata operasi pembersihan dan penutupan tapak sampah haram yang dijalankan di tujuh negeri melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 (Akta 672) itu melibatkan pembersihan sejumlah 6,410 tan metrik sisa.
“Dalam tempoh setahun Kerajaan MADANI, kita telah bersihkan lebih 2,000 tapak sampah sebegini. Bayangkan betapa seriusnya perkara ini oleh kerana tiada kesedaran sivik, sikap tidak bertanggungjawab, malah ada juga kartel atau sindiket.
“Maka, kita terpaksa jalankan penguatkuasaan undang-undang secara besar-besaran. Setakat hari ini SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) telah laksana 1,082 operasi membersihkan 2,093 tapak pelupusan,” katanya pada sidang media ketika operasi pembersihan dan penutupan tapak buang sampah haram di Jalan Davis di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 15 kes pendakwaan sampah haram berjaya disabit kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM168,000, sekali gus memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sekiranya keadaan seperti ini masih berterusan KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan mempertimbang cadangan untuk pinda undang-undang supaya kadar denda akan dilipatgandakan dan bagi kesalahan berulang pula kita akan pertimbang hukuman penjara kepada mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.
Berhubung operasi di Jalan Davis hari ini, Nga berkata operasi pembersihan dan penutupan yang ke-2,093 di tapak seluas 18,000 kaki persegi itu melibatkan seramai 44 anggota daripada SWCorp, Alam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Beliau berkata kira-kira 700 hingga 1,000 tan sisa perindustrian dan sisa pembinaan telah dibersihkan dalam operasi di tapak itu yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan sebuah masjid Cina Muslim.
“KPKT melalui SWCorp telah mengenal pasti ‘hotspot’ dan akan terus buat serbuan. Di tapak ini kita akan pakai kamera litar tertutup (CCTV) untuk kenal pasti pihak yang sengaja buang hingga 800 hingga 1,000 tan sampah dan sisa,” katanya.
Menurut Nga kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran juga akan diteruskan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan aduan ke pihak SWCorp menerusi talian 1800-88-7472 sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membabitkan pembuangan sampah atau mewujudkan tapak sampah haram.
Turut hadir Pengerusi SWCorp Hee Loy Sian, Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dr Mohd Azhar Abd Hamid.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager