Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian.
PUTRAJAYA: Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara, kata Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian.
“Insya-Allah dengan berkat doa rakyat dan sokongan daripada semua agensi agama, kita akan pastikan supaya matlamat Islam itu dapat dimartabatkan di negara ini dan insya-Allah akan berjaya dalam usaha menyatukan kesemua ummah.
“Prinsip saya ialah ‘I seek to understand’. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat Kabinet yang pertama jadi saya akan lihat dahulu inti pati mesyuarat itu…apa yang ingin dibawa beliau (Anwar) supaya kita boleh menetapkan fokus untuk sama-sama bangunkan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya sebagai simbolik bermulanya tugas beliau secara rasmi selaku menteri bagi portfolio itu di Bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata pertemuan bersama pihak berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkaitan akan turut diadakan bagi memahami kehendak dan hasrat mereka ke arah memperkasakan ummah dan pembangunan negara.
Turut hadir pada sesi itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Terdahulu, Mohd Na’im tiba di Bangunan Jakim pada 8.31 pagi dan mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya pada 8.33 pagi sebelum mengadakan sesi bacaan yasin dan doa selamat.
Pada Sabtu lepas, beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen dan jawatan menteri di Istana Negara susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Jumaat lepas. -AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked