Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAMBAR MOHD NA’IM DISALAH GUNA PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

DALAM NEGARA

GAMBAR MOHD NA’IM DISALAH GUNA PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menafikan penglibatan menteri kabinet itu dalam urusan mengajak atau mempromosikan masyarakat untuk menyertai mana-mana kumpulan di media sosial terutamanya di aplikasi Whatsapp, Telegram mahupun Facebook.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhamad Razak Idris berkata gambar, profil serta kedudukan Mohd Na’im telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pejabat ini telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Justeru itu, Pejabat ini menasihati semua pihak agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya mendapat pelawaan tertentu menggunakan profil serta maklumat peribadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terutamanya melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang semakan berkaitan urusan yang melibatkan Mohd Na’im boleh berhubung dengan Setiausaha Akhbarnya Abdul Hanan Abdul Rahman di e-mel hananrahman86@gmail.com. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading