Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAIN BADMINTON CHINA ZHANG ZHI JIE MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH DI GELANGGANG

DUNIA

PEMAIN BADMINTON CHINA ZHANG ZHI JIE MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH DI GELANGGANG

Pemain badminton perseorangan China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

JAKARTA: Pemain badminton perseorangan China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden itu berlaku ketika Zhang, 24, sedang menentang lawan dari Jepun, Kazuma Kawamo dalam perlawanan peringkat kumpulan di Arena Sukan Among Rogo.

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan Ahad.

Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China.

“Dunia badminton meratapi kehilangan seorang pemain berbakat,” menurut kenyataan itu.

Zhang dilahirkan pada 29 April 2000 di Shashi, Jingzhou, Hubei, China.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading