Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNSC BINCANG PEMBINAAN SEMULA GAZA DALAM SESI KHAS

DUNIA

UNSC BINCANG PEMBINAAN SEMULA GAZA DALAM SESI KHAS

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, dengan tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.

Antara bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Gaza. – foto/AFP

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, dengan tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.

Penyelaras Kanan PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula untuk Gaza, Sigrid Kaag dijadual memberi taklimat kepada anggota UNSC, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).

Taklimat adalah melalui Resolusi 2720, yang diterima pakai pada 22 Disember 2023.

Baru-baru ini, Kaag mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken di Washington berhubung situasi di Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading