Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHAMAD ZAKUWA DILANTIK SEBAGAI IMAM BESAR MASJID PUTRA

UTAMA

MUHAMAD ZAKUWA DILANTIK SEBAGAI IMAM BESAR MASJID PUTRA

PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah Cawangan Akademik Darul Quran Dr Muhamad Zakuwa Rodzali dilantik sebagai Imam Besar Masjid Putra berkuat kuasa hari ini.

PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah Cawangan Akademik Darul Quran Dr Muhamad Zakuwa Rodzali dilantik sebagai Imam Besar Masjid Putra berkuat kuasa hari ini.

Unit Keurusetiaan dan Korporat Masjid Putra memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Imam Besar sebelum ini iaitu Salahuddin Ghozali yang bersara wajib pada 27 Jun lepas.

Surat pelantikan kepada Muhamad Zakuwa disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada 26 Jun lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini unit itu memaklumkan bahawa Muhamad Zakuwa berpengalaman sebagai penjawat awam lebih dari 24 tahun.

Beliau mula menyertai skim perkhidmatan pegawai hal-hal ehwal Islam pada 1999 sebagai penolong pengarah di bahagian penyelidikan Jakim.

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua penolong pengarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Anak kelahiran Terengganu itu berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (fiqh dan astronomi Islam) di Universiti Malaya pada 2021. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading