Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OLIMPIK PARIS: MOM PILIH REKAAN BAHARU PAKAIAN KONTINJEN ‘LEBIH GARANG’

UTAMA

OLIMPIK PARIS: MOM PILIH REKAAN BAHARU PAKAIAN KONTINJEN ‘LEBIH GARANG’

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024. 

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah. 

Mohamad Norza memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.

Beliau berkata rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu. 

“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading