GERAI MI YANG TULAR SETELAH PEMBELI MENEMUKAN ULAT DIARAH TUTUP
PUTRAJAYA: Gerai menjual mi di bazar Ramadan yang tular setelah pembeli menemukan ulat, telah dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bermula semalam (15 April) kerana didapati tidak bersih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA: Gerai menjual mi di bazar Ramadan yang tular setelah pembeli menemukan ulat, telah dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bermula semalam (15 April) kerana didapati tidak bersih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Arahan penutupan sementara di bawah akta itu adalah selama dua minggu bagi kerja pembersihan serta meningkatkan tahap keselamatan makanan dan premis dibenarkan beroperasi semula sebelum tempoh berkenaan sekiranya tahap kebersihan dan keselamatan makanan adalah memuaskan, katanya.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja gerai berkenaan yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifoid.
Tular di media sosial seorang pembeli mendakwa menemui ulat dalam mi sotong yang dibelinya pada harga RM30 di Bazar Ramadan Putrajaya di sini.
Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 14 April telah mengeluarkan notis amaran di bawah UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 kepada peniaga berkenaan.
Beliau berkata peniaga berkenaan juga didapati mempunyai premis makanan di Cyberjaya yang mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut, dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pemeriksaan serta siasatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis tersebut.
Berhubung aduan pencemaran kuih limas di Perak, Dr Noor Hisham berkata KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas terlibat bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.
Kejadian yang turut tular itu didapati berlaku di Bazar Ramadan Teluk Intan dan pembeli mendakwa menemukan gumpalan rambut dalam kuih limas dibelinya dari bazar berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin pada 14 April lepas berkata sampel makanan kuih limas itu akan dihantar untuk analisis makmal bagi tujuan siasatan kes.
Menerusi Operasi Ramadan 2022 seluruh negara, Dr Noor Hisham berkata 4,362 premis bazar Ramadan telah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
“Sebanyak 178 sampel makanan juga telah diambil untuk dianalisis,” katanya serta menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih.
Beliau berkata peniaga makanan didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked