Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNUNG MERAPI MELETUS, DEBU LEDAKAN CECAH 6KM

DUNIA

GUNUNG MERAPI MELETUS, DEBU LEDAKAN CECAH 6KM

PULAU JAWA: Gunung Merapi yang merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam.

Letusan tersebut menyebabkan debu meledak sehingga ketinggian enam kilometer (km).

Menurut Reuters, penduduk tempatan dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti dalam jarak 3km dari lokasi Gunung Merapi.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Berdasarkan laporan hujan turun selepas gunung merapi meledak yang membantu mengurangkan debu merebak.

Namun begitu Pakar Gunung Berapi Tempatan, Heru, memaklumkan cuaca hujan tidak dapat menghalang letusan gunung berapi.

“Cuaca tidak memberi sebarang kesan kepada aktiviti gunung berapi. Walaupun hujan jumlah magma akan tetap tinggi dan lava berpotensi untuk mengalir keluar,” kata Heru.

Gunung Merapi setinggi 2930 meter merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan telah beberapa kali meletus.

Letusan besar Gunung Merapi pada 2010 meragut lebih 300 nyawa dan menyebabkan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa berpindah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading