Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARIKAT, EKSPATRIAT CINA DERMA PERALATAN PERUBATAN KEPADA LUBNAN TANGANI COVID-19

DUNIA

SYARIKAT, EKSPATRIAT CINA DERMA PERALATAN PERUBATAN KEPADA LUBNAN TANGANI COVID-19

SUMBER FOTO: XINHUANET

BEIRUT: Syarikat cina dan ekspatriat di Lubnan menderma peralatan perubatan bagi membantu negara itu memerangi novel koronavirus semalam, lapor Xinhuanet.

“Masyarakat cina di sini bertindak cepat apabila mengetahui mengenai kes pertama Covid-19 di Lubnan,” kata wakil syarikat dan penderma, Xu Zhuming kepada Xinhua.

Xu menghantar 600 kacamata pelindung dan satu batch alat ujian saringan kepada wakil Kementerian Kesihatan Lubnan.

“Selepas pengesahan jangkitan kes Covid-19 di Lubnan, pihak komuniti cina dan syarikat di negara itu secara sukarela memberikan dana bagi membeli peralatan perubatan,” kata Xu yang menjalankan perniagaan restoran di Lubnan sejak sedekad yang lalu.

“Kami berdiri bersama rakyat Lubnan dalam perjuangan menentang COVID-19,” katanya.

Mustafa Bilani, wakil Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, kerajaannya menghargai sumbangan daripada komuniti cina di Lubnan, yang menurutnya menggambarkan tanda ikatan persahabatan antara dua masyarakat.

Lubnan melaporkan dua kes terbaharu jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan 15 kes koronavirus di negara itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading