TURKI SELAMATKAN 78 IMIGRAN DI PERAIRAN AEGEAN

Last Updated on

SUMBER FOTO: AGENSI BERITA ANADOLU

IZMIR (Turki): Seramai 78 imigran diselamatkan Turki di perairan Aegean, demikian menurut sumber hari ini.

Agensi Berita Anadolu melaporkan Pasukan Pengawal Pantai melancarkan operasi dan menyelamatkan 40 pendatang Afghanistan di dalam bot getah selepas diarahkan belayar ke perairan wilayah Turki oleh Pengawal Pantai Greece.

Pasukan Pengawal Pantai Turki turut menyelamatkan 38 pendatang yang hanyut dalam bot di perairan Aegean dalam insiden berasingan.

Turki menjadi titik transit utama bagi pendatang yang mahu menyeberang ke Eropah untuk memulakan kehidupan baru, terutama mereka yang melarikan diri dari peperangan dan penindasan. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply