HARI KEPUTERAAN AGONG SETIAP ISNIN PERTAMA BULAN JUN

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda dari hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, kerajaan juga bersetuju mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari  Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap  tahun. 

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya di sini hari ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply