KUALA LUMPUR: Sejak sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui kelas dalam talian diperkenalkan tahun lalu, isu berhubung murid kurang minat dan tidak memberi perhatian sering menjadi perbincangan dan kerisauan ibu bapa.
Malah kajian yang dilaksanakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melaporkan cabaran utama berhubung pelaksanaan PdPR ialah kesukaran guru untuk menarik perhatian pelajar selain masalah kekurangan peralatan dan kelemahan infrastruktur dan capaian Internet.
Setiausaha Agong Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata PdPR bukan satu perkara mudah untuk para guru kerana mereka tidak dilatih untuk mengajar menggunakan kaedah tersebut.
Setiausaha Agong Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock
Jelasnya pengajaran melalui dalam talian memerlukan kemahiran berbeza kerana guru bukan sahaja perlu mahir untuk mendidik tetapi harus pandai menghibur untuk dapatkan perhatian pelajar.
“Bila cikgu muka garang, pelajar akan tengok satu dua minit lepas tu dia akan buat kerja lain. Jadi ini adalah masalah yang kita hadapai,” katanya ketika menjadi panel dalam program bual bicara Analisis Rabu lalu, yang membincangkan tajuk ‘PdPR: Guru Terbeban, Ibu Bapa Tertekan?’.
Menurut Harry, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menyediakan program latihan pengajaran dalam talian selepas kerajaan memperkenalkan PdPR, namun ramai guru masih belum bersedia sepenuhnya dan berdepan banyak masalah serta cabaran.
Dalam pada itu beliau tidak menafikan, ramai juga guru telah membelanjakan wang dan masa untuk memperbaiki diri masing-masing dalam mengendalikan kelas ‘online’ demi memastikan anak murid tersayang tidak ketinggalan.
KPM juga katanya turut memainkan peranan dengan menyediakan manual PdPR yang kini telah dikeluarkan versi kedua yang dilihat lebih komprehensif dan dapat membantu guru-guru.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad berkata dalam usaha untuk memperbaiki kaedah PdPR, kementerian perlu mengelakkan pemusatan kuasa dan memberi memberi kepercayaan yang penuh kepada guru-guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
“Sebab guru adalah orang yang paling mengetahui tentang keperluan dan keupayaan pelajar-pelajar mereka. Bukan di peringkat pusat.
“Kalau guru diberi peranan yang besar, diberi kepercayaan, kita yakin bahawa guru kita boleh melaksanakan PdPR dengan baik,” katanya pada program Analisis Rabu lalu.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad (KIRI)
Hal seperti itu katanya turut diamalkan di beberapa negara lain dengan guru-guru diberi peluang untuk berinovasi serta mempunyai kuasa penuh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Perkara itu jelasnya membuatkan guru lebih selesa dan bersedia untuk mengajar.
Dalam pada itu menurut Anuar, selain tumpuan pelajar, antara isu yang timbul melalui kaedah PdPR ialah kesukaran ibu bapa untuk menggalas tugas sebagai guru di rumah untuk membantu mendidik anak-anak dan menyelesaikan kerja rumah yang diberikan para guru.
“Kita tidak boleh nafikan bahawa ramai di kalangan ibu bapa memang tiada pengalaman menguasai isi kandungan dan bukan sahaja melibatkan ibu bapa yang tiada pendidikan yang tinggi, malah mereja yang berpendidikan pun mengeluh sebab apa yang dipelajari anak-anak tidak sama dengan apa yang pernah mereka belajar.
“Jadi itu adalah realiti dan kita kena akui bahawa wujud jurang atau lompong di mana ibu bapa berhadapan isu untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak,” katanya
Beliau mencadangkan komunikasi antara ibu bapa dan guru diperbaiki untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Ibu bapa katanya perlu dibekalkan maklumat serta bahan-bahan pengajaran yang mudah untuk difahami. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked