Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DIKOMPAUN RM1,000 KETIKA RAKAM KENANGAN MANIS

DALAM NEGARA

DIKOMPAUN RM1,000 KETIKA RAKAM KENANGAN MANIS

LANGKAWI: Sepasang pengantin serta 17 individu yang dipercayai pengiring pengantin ditahan selepas didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Nilam, kira-kira 6.30 petang Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari, anggotanya membuat rondaan bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut.

“Semasa rondaan, anggota polis ternampak kumpulan tersebut yang terdiri daripada sepasang pengantin dan 17 individu termasuk pengiring pengantin (seorang lelaki, 16 perempuan) berada berhampiran sungai dan mengambil gambar beramai-ramai.

“Hasil siasatan mendapati mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut serta ada yang datang daripada beberapa lokasi lain sekitar pulau ini,” katanya.

Mengulas lanjut, mereka berkumpul di kawasan tersebut bagi menjalankan sesi bergambar sebagai kenangan majlis perkahwinan pasangan pengantin itu.

Bagaimanapun, kesemua 19 individu termasuk pasangan pengantin berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar PKP.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 22 saat menunjukkan kesemua mereka termasuk pengantin dan pengiring yang berpakaian sedondon ditahan polis.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading