Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU DITAHAN DISYAKI PUKUL MURID GUNA BUKU

DALAM NEGARA

GURU DITAHAN DISYAKI PUKUL MURID GUNA BUKU

Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa

MELAKA: Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.

Menurut sumber, keadaan itu menyebabkan murid berusia 10 tahun yang bersekolah di Alor Gajah itu dikatakan takut untuk datang ke sekolah pada 14 Mac lepas akibat perbuatan guru lelaki bahasa Inggeris berumur 44 tahun itu.

“Ibu mangsa berusia 34 tahun kemudian membuat laporan polis pada Selasa lepas (18 Mac) kerana anaknya telah dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Melaka.

“Mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal dan keputusan laporan pegawai perubatan ialah alleged physical abuse by known person,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Muktar mengesahkan menerima laporan bagi kes terbabit dan tangkapan dibuat pada 4 petang semalam di Pejabat D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sewaktu dipanggil untuk memberi keterangan.

“Permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading