Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAD LAJU JALAN PERSEKUTUAN DIKURANGKAN 10KM/J SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

DALAM NEGARA

HAD LAJU JALAN PERSEKUTUAN DIKURANGKAN 10KM/J SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Jan ini.

Gambar ARKIB

DENGKIL: Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Jan ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.

“Ini merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

 Operasi tahunan bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ itu merupakan jalinan kolaborasi strategik kali pertama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MoT).

Nanta berkata pihaknya telah mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan di jalan persekutuan dan akan terus memantau lokasi berkenaan.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna di jalan persekutuan, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan kerja pembaikan di 53 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) melibatkan kos sebanyak RM17.2 juta dan memasang lampu jalan di 40 lokasi dengan kos sebanyak RM4.7 juta pada tahun lepas melalui program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading