MP SABAH LOMPAT PARTI: YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT TERKHILAF, BERSATU RUJUK KE MAHKAMAH
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertikaikan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul untuk tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi bekas ahli Bersatu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lepas, akan merujuk perkara itu ke mahkamah.
KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertikaikan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul untuk tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi bekas ahli Bersatu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lepas, akan merujuk perkara itu ke mahkamah.
Beliau mendakwa keputusan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dibuat berdasarkan tafsiran Fasal 10.2.3 Perlembagaan parti Bersatu, namun menurutnya Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.
Menurutnya dalam surat bertarikh 16 Jan lepas, Johari memberi alasan dengan mentafsir fasal itu, empat Ahli Parlimen berkenaan menjadi ahli langsung GRS pada 27 Okt 2022, dan mendapati keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu berkenaan, sebelum mereka bertanding dalam PRU-15 pada 19 Nov 2022.
“Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain.
“Namun, fasal ini tidak terpakai kepada empat Ahli Parlimen berkenaan kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti ini adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu. Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Muhyiddin berkata surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah bertarikh 3 Nov 2022 jelas menyenaraikan empat Ahli Parlimen berkenaan adalah calon GRS daripada Bersatu
Beliau berkata penyertaan empat Ahli Parlimen itu sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam Bersatu ketika bertanding pada PRU-15 lepas dan surat berkenaan telah diserahkan kepada Johari untuk membantu membuat keputusan.
“Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu, Fasal 27 memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
“Maka dalam hal ini, hanya MPT Bersatu boleh menentukan sama ada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Muhyiddin berkata bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Dis dan tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan juga berlaku pada 19 Dis.
Beliau berkata kedua-dua keputusan itu mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam Bersatu di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti selepas PRU-15.
“Adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan dan memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka Bersatu akan merujuk perkara itu ke mahkamah,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests