Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARGA BARANG KEPERLUAN MULA TURUN DI KELANTAN

DALAM NEGARA

HARGA BARANG KEPERLUAN MULA TURUN DI KELANTAN

KOTA BHARU: Harga barang keperluan termasuk barangan basah seperti sayur-sayuran dan ayam di Kelantan sudah mula menunjukkan trend penurunan berbanding tiga minggu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, jika tiga minggu lalu harga ayam dijual melebihi RM9 hingga RM10, namun sejak beberapa hari lalu harga turun di bawah paras RM9, dan ada penjual yang menjual di bawah RM8 bagi sekilogram ayam proses.

“Kita nampak harga ayam makin menurun, harga sayur pun nampaknya ada penurunan sedikit berbanding dua hingga tiga minggu lepas.

“Pengguna boleh menggunakan aplikasi ‘Price Catcher’ yang disediakan KPDNHEP untuk membandingkan harga barangan yang dijual di kedai-kedai di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia KPDNHEP Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu hari ini.

Katanya, kawalan harga membabitkan 12 barangan yang ditetapkan harga siling termasuk ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran yang berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata, hasil tinjauan pihaknya pada hari ini kesemua peniaga menjual dengan harga yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga berwarna pink untuk barang kawalan.

Sepanjang tempoh Januari hingga semalam, KPDNHEP Kelantan mengeluarkan sebanyak 166 notis berikutan kenaikan harga membabitkan ayam, telur, sayur dan beberapa barangan lain. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading