Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER TERHEMPAS DI SUBANG

DALAM NEGARA

HELIKOPTER TERHEMPAS DI SUBANG

KUALA LUMPUR: Lima individu terlibat dalam kejadian sebuah helikopter jenis airbus H125 yang terhempas di Lapangan Terbang Subang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergerak ke lokasi kejadian selepas mereka menerima panggilan pada jam 9.26 pagi tadi.

Ihsan BOMBA

“Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

“Kejadian tersebut menyebabkan seorang mangsa patah kaki kanan dan cedera di kepala manakala seorang mengalami kecederaan ringan di kaki,” katanya.

Tambahnya, tiga lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua penumpang dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading