Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HPTN INISIATIF LAHIRKAN TENAGA MAHIR BIDANG TEKNIKAL

DALAM NEGARA

HPTN INISIATIF LAHIRKAN TENAGA MAHIR BIDANG TEKNIKAL

KUALA LUMPUR: Hari Profesion Teknikal Negara 2021 anjuran Kementerian Kerja Raya merupakan inisiatif yang baik untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknikal.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, sambutan itu juga sebagai tanda pengiktirafan kepada warga profesion teknikal dalam usaha membangunkan infrastruktur negara.

“Tema ‘Menggerakkan Negara Melangkaui Aspirasi’ bertepatan dengan situasi peralihan ke fasa endemik ini.

“Ia memerlukan kebersamaan semua pihak walaupun berbeza bidang, namun hendaklah menjadi satu keluarga yang dapat bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk memulih dan merancakkan semula pembangunan ekonomi negara,” katanya.

HPTN merupakan sambutan tahunan yang memberi penghargaan kepada jasa warga teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan landskap pembangunan dan permodenan negara.

Ia akan berlangsung selama empat hari bermula 4 hinga 7 Disember 2021 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi iaitu http://www.hptn2021.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik yang dianjurkan sempena HPTN 2021. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading