Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HTAR SIASAT KEMATIAN KANAK-KANAK 10 TAHUN

DALAM NEGARA

HTAR SIASAT KEMATIAN KANAK-KANAK 10 TAHUN

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Gambar fail.

KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Pengarahnya Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata pihaknya merujuk kepada video yang tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lepas.

“Keadaan pesakit (kanak-kanak) semasa di HTAR dalam keadaan lemah. Pesakit telah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan, namun, pesakit tidak dapat diselamatkan.

“Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Zulkarnain, pihaknya bersimpati dengan perkara dilalui keluarga Allahyarham dan akan berhubung dengan pihak keluarga untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kes itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading