DERA, ABAI KANAK-KANAK: DUA GURU TASKA DAN PEMILIK DIHADAP KE MAHKAMAH
Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini.
IPOH: Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini.
Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan cara menindan badan mangsa, menampar pahanya dengan kuat, menarik rambut serta menampar pipi mangsa pada 6 Julai lepas di taska tersebut.
Dia turut didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan memukul belakang badan dan mencubit pipi mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan namun peguam Mohammad Syarifuddin Zaid memohon jaminan munasabah atas alasan anak guamnya akan memberi kerjasama penuh dalam kes itu.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan RM7,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan16 Ogos untuk sebutan semula kes.
Wan Suhaila pula dituduh menganiaya tiga kanak-kanak perempuan berumur dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mereka di taska sama pada 4 dan 6 Julai lepas.
Mahkamah membenarkan wanita itu yang diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek diikat jamin berjumlah RM8,000 terhadap ketiga-tiga pertuduhan.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, pengurus taska berkenaan Rozidah Yahaya, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan seorang lagi kanak-kanak perempuan juga berusia dua tahun sehingga mangsa cedera di bahu kiri.
Dia dituduh di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebih RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Azizah Ahmad membenarkan wanita itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Alif Afandi dan Mohamad Salihen Mastor.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager