JENAZAH ‘MAT LONDON’ SELAMAT DIKEBUMI

KUALA LUMPUR: Jenazah Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74, selamat dikebumikan, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati, petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN – PENGARAH VETERAN ‘MAT LONDON’ MENINGGAL DUNIA
Terdahulu Mat London meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada kira-kira 5.57 pagi tadi, akibat jangkitan paru-paru selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun.

Anaknya Salmany Akir Ahmad, 42, berkata, jenazah bapanya telah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati selepas solat Jumaat.
Turut hadir ahli keluarga terdekat serta sahabat handai Allahyarham yang menguruskan jenazah dari mula sehingga selesai pengebumian.–AlHijrah Online
Pingback: PENGARAH VETERAN ‘MAT LONDON’ MENINGGAL DUNIA – ALHIJRAH ONLINE