PENGARAH VETERAN ‘MAT LONDON’ MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN – JENAZAH ‘MAT LONDON’ SELAMAT DIKEBUMI
Anaknya, Amie Sofia Ahmad, berkata, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.57 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.
“Dimaklumkan papa saya Ahmad Ibrahim telah menghembus nafas pada jam 5.57 pagi hari Jumaat 14 Julai 2023, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Semoga Allah merahmati dan mengampuni papa. Semoga bertemu kembali di syurga InsyaAllah,” katanya.
Sebelum ini Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.–AlHijrah Online
Pingback: JENAZAH ‘MAT LONDON’ SELAMAT DIKEBUMI – ALHIJRAH ONLINE