Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT SEKELUARGA HAMPIR LEMAS DALAM KEBAKARAN RUMAH, SEORANG MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI

DALAM NEGARA

EMPAT SEKELUARGA HAMPIR LEMAS DALAM KEBAKARAN RUMAH, SEORANG MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI

Seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri akibat sesak nafas selepas hampir lemas dalam kebakaran rumah di Taman Samudera Teres, Selayang, tengah malam tadi.

Sumber Gambar: JBPM

SELAYANG: Seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri akibat sesak nafas selepas hampir lemas dalam kebakaran rumah di Taman Samudera Teres, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian tersebut turut melibatkan tiga lagi mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki, seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa dipercayai ahli keluarga mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 11:55 malam tadi sebelum mengerahkan anggota serta jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres tiga tingkat kelas A berkeluasan 20×50 kaki.

“Anggaran kebakaran 50 peratus dan seramai empat mangsa terlibat dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri telah dibawah ke Hospital Selayang bagi tindakan selanjutnya.

Tiga lagi mangsa terlibat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat kebakaran rumah itu dilaporkan mengalami sesak nafas.

Namun anggota tersebut berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading