Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN LEBAT, TANAH RUNTUH DI KOREA SELATAN, ANGKA KEMATIAN MENINGKAT 32

DUNIA

HUJAN LEBAT, TANAH RUNTUH DI KOREA SELATAN, ANGKA KEMATIAN MENINGKAT 32

Angka kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang, manakala lebih sepuluh orang masih hilang.

Sumber gambar: AFP

TOKYO: Angka kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang, manakala lebih sepuluh orang masih hilang, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Ahad.

Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang maut, tujuh cedera manakala tiga masih hilang.

Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara, dan 17 orang maut akibat tanah runtuh.

Lebih sepuluh orang masih hilang manakala lebih 7,500 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di 13 bandar dan wilayah di seluruh Korea Selatan.

Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan dan semua operasi kereta api telah digantung.

Sebanyak 12 penerbangan telah dibatalkan pada Ahad. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading