IBADAH HAJI: JEMAAH JANGAN TERPEDAYA TAWARAN ORANG PERSEORANGAN, SYARIKAT
Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji tidak lama lagi.
BATU PAHAT: Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ada membuat pemantauan dan setakat ini tiada laporan mengenainya.
Beliau berkata pihaknya ada menerima satu laporan melibatkan penipuan tawaran haji tahun lepas.
“Setakat ini tiada (laporan), itu sebab kita beri nasihat awal supaya jangan ada jemaah kita yang terpedaya dengan ejen atau kumpulan yang tidak berdaftar dengan Tabung Haji kerana semua pemergian (melibatkan haji) adalah melalui agensi itu,” katanya kepada Bernama pada majlis Riang Ria Klasik Aidilfitri di Rumah Orang Semerah 2023, di sini baru-baru ini.
Mohd Fared berkata seramai 3,557 rakyat Johor diberi tawaran menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menurutnya jumlah itu membabitkan 14 penerbangan sama ada menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terus ke Tanah Suci atau dari LTAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlebih dahulu.
“Penerbangan pertama pada 30 Mei ini melibatkan 142 jemaah, manakala penerbangan terakhir pada 6 Jun,” katanya.
Mohd Fared juga mengingatkan agar jemaah haji yang telah menerima tawaran supaya membuat persiapan dan menjaga diri sebaiknya berikutan cuaca panas kebelakangan ini.
“Kita difahamkan cuaca tahun ini lebih panas daripada biasa. Saya menasihatkan semua jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan mengikut semua garis panduan yang ditetapkan oleh Tabung Haji,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked