TERAP KONSEP TABAYYUN, SEMAK DAHULU MAKLUMAT DITERIMA – FAHMI
Rakyat Malaysia perlu menerapkan konsep ‘tabayyun’ dalam diri iaitu sentiasa menyemak kebenaran setiap maklumat yang diterima melalui mana-mana platform, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meluangkan masa melawat gerai pameran semasa hadir ke Program Jom Baca 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi Digital hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia perlu menerapkan konsep ‘tabayyun’ dalam diri iaitu sentiasa menyemak kebenaran setiap maklumat yang diterima melalui mana-mana platform, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ‘menthabitkan’ dan menyemak asas kebenarannya.
Ditemui pemberita selepas program Jom Baca Bersama 10 Minit di sini hari ini, beliau berkata konsep tabayyun itu penting kerana segala maklumat yang diterima ketika ini tidak boleh dipercayai secara bulat-bulat.
“Dalam keadaan sekarang, ditegaskan kena selalu semak maklumat diterima sebelum sampaikan kepada orang lain.
“Gunakan sedikit ruang untuk teliti menilai maklumat disampaikan, kita tahu kadangkala (maklumat) disensasikan… konsep tabayyun itu sangat penting, bila kita terima… semak sebelum sebar,” katanya.
Fahmi berkata Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan sentiasa memantau maklumat dan percanggahan isu berkaitan 3R iaitu bangsa, agama dan raja.
Mengenai program Jom Baca Bersama 10 Minit, beliau berkata program tersebut meningkatkan rasa cinta warga Kementerian Komuniakasi Digital (KKD) untuk membaca.
Di peringkat KKD, menurutnya satu program dikenali sebagai ‘bedah buku’ akan diperkenalkan bagi memupuk budaya membaca serta melaksanakan perkongsian bahan bacaan masing-masing.
Program berkenaan merupakan antara inisiatif Perpustakaan Negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat seterusnya menjadikan membaca sebagai satu amalan hidup
Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked