Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBADAH HAJI HANYA UNTUK JEMAAH YANG BERADA DALAM ARAB SAUDI

DUNIA

IBADAH HAJI HANYA UNTUK JEMAAH YANG BERADA DALAM ARAB SAUDI

GAMBAR: AFP

KUALA LUMPUR: Ibadah haji bagi tahun ini hanya akan melibatkan jemaah dari dalam Arab Saudi sahaja susulan keadaan semasa pandemik COVID-19 dan kemunculan varian baharu.

Laman Twitter Haramain Info memaklumkan, jumlah jemaah haji tahun ini dihadkan kepada 60,000 orang sahaja melibatkan rakyat dan penduduk Arab Saudi.

Status kesihatan bagi mereka yang ingin menunaikan haji dimaklumkan mestilah dari kategori individu yang telah menerima vaksin, individu yang telah menerima satu dos vaksin lebih 14 hari, dan penerima vaksin yang pulih dari jangkitan.

Sebelum ini media melaporkan jemaah dari luar negara akan dibenar menunaikan haji tahun ini dengan mematuhi syarat kesihatan dan langkah berjaga-jaga yang ketat ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Ibadat haji lazimnya menyaksikan lebih 2.5 juta umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu di Makkah tetapi terpaksa dihadkan buat pertama kali dalam sejarah tahun lalu, dengan hanya 1,000 jemaah menunaikannya akibat ancaman COVID-19. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading