Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU DAKWA ANAK DIJEMUR BAWAH PANAS KERANA LEWAT KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

IBU DAKWA ANAK DIJEMUR BAWAH PANAS KERANA LEWAT KE SEKOLAH

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menyiasat video tular berhubung dakwaan seorang wanita bahawa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menyiasat video tular berhubung dakwaan seorang wanita bahawa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita sedia maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat dan siapkan laporan lengkap mengenai kejadian itu.

“Siasatan akan dilakukan dengan terperinci,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, seorang ibu mendakwa anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lambat ke sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 2 petang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading