Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI RAKAM ADEGAN AMANG SEKSUAL DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI RAKAM ADEGAN AMANG SEKSUAL DITAHAN

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan Jumaat lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki berumur 25 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan dan rogol.

“Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.

Pada 4 Mei lepas, Bernama melaporkan seorang ibu direman bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Sementara itu, Ramli berkata lelaki berkenaan juga diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual anak perempuan kepada wanita terbabit yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kes berkenaan telah dilaporkan pada 8 Mei lepas dan lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading