IMAM RAWATIB MASJID MUADZ JABAL MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Imam Rawatib Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, di sini, Muadzeen Ackil meninggal dunia awal pagi tadi (Jumaat 5 Mei).

Allahyarham yang berusia 58 tahun,merupakan Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2020.

Jenazah Allahyarham selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, di sini kira-kira jam 2.45 petang.

Sebelum ini, Allahyarham telah dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 pagi tadi.—AlHijrah Online

Leave a Reply